Cara membuat Apam polkadot
-JOM TRY BUAT SENDIRI KAT RUMAH-
Gerenti jadi,jangan risau..percayakan diri anda..hehe
Ok,nie untuk 1 adunan tau.. kalau nak wat 2,3 bleh tmbh sendiri gram2 nye..hehe
Bahan-bahan :
-3biji telur
-275gm tepung gandum
-220gm gula halus
-150gm susu segar (SY pakai yg dutch lady low fat tue je)
-3sudu teh baking powder
-1sudu kecil ovellete
-perisa/jem/kaya/blueberry/etc mengikut citarasa
-pewarna pun ikut citarasa
-acuan kertas
-acuan kuih lompang (penting)
cara membuat :
1) Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan pukul(pakai yg letrik) kelajuan maximum selama 10minit
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pwarna mengikut citarasa
3) Masukkan dalam piping
4) picit sikit dulu masuk dalam cup kertas yang telah disusun dalam acuan kuih lompang.(nie penting)
5) masukkan perisa blueberry/strawbery/kaya mengikut citarasa(jgn masuk semua perisa dahla,manis nanti)hehe
6) baru isi penuh adunan dlm cup n then buat design dot2,angry bird ke..design mengikut citarasa
7)kukus dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10minit.api jangn terlalu kuat..sederhana sahaja
Jadila apam polkadot..(letak didalam kawasan yang tertutup,supaya apam xkeras)
and then boleh ngap pastue..hihi
selamat mencuba..^.^
Contoh gambar ade dibawah : versi mysara handmade home~^.^
Copyright© All Rights Reserved mysarabuffly.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment