Assalamualaikum,
Sebelum mengambil keputusan yang melibatkan masa depan kamu,tanya diri sendiri apakah kamu mengalami simptom ini atau situasi berikut di tempat kerja kamu :
1) Bangun saja tidur kamu sudah teringat ofis dan kerja yang kamu rasa sangat beban dan berat.
2) Rasa hendak menangis setiap kali melangkah kaki ke pejabat.Kamu rasa sungguh tertekan..!
3) Kamu mempunyai jawatan yang tinggi tetapi gaji kamu tidak setimpal dengan jawatan dan tanggungjawab yang dipikul.
4) Selama kamu bekerja,kamu tidak berhenti mengutuk dan ada saja yang x kena dengan bos,apatah lagi setelah pulang dari tempat kerja.ada saja yang membuat kamu rasa tidak berpuas hati.
(selalunya update dalam facebook-semua orang bleh baca baru puas hati..x gittuw~jangan amalkan selalu yek.)
5)Apabila kamu berasa berjauhan dan sukar hidup tanpa suami/isteri disisi..boleh digelar seperti husband weekend atau wife weekend only~(terpulang,ada je yang sanggup,tp rasenye i xsanggup,sebabnya nt tanggungjawab kita yang utama ntah kemana nt.. syurga isterikan terletak ditelapak kaki suami (bagi perempuan la) dan syurga terletak di telapak kaki ibu (bagi lelaki),bukan dikaki bos ye~)hehe..
6)Walaupun kamu sentiasa memberikan hasil kerja yang perfect dan memuaskan,tetapi bos anda sentiasa tidak berpuas hati~Dia sering mengutuk dan membanding tahap kerja kamu dengan pekerja bawahan.(sakit hati kalo dpt bos cmni,kene bawak bersabar lebih sikit~)
7)Apabila kamu sendiri tidak bergumbira dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh ketua kamu. (parah ni,buat kerja kene ikhlas..niat kerana Allah s.w.t..nampak simple nak laksanakan,tp susahkan..)
8)Kamu dengan sengaja atau tidak sengaja mendatangkan kerugian besar kepada syarikat di atas kecuaian dan kelalaian kamu ( ini perkara biasa,manusia tak ada yang sempurna,tp kalau dah berkali2 dah diajar dan masih salah,hasil kerja masih tidak diperbaiki,payah jgk tue,xtaula nak ckp ape lagi kan,kalau jadi bos ngn org cmni boleh gila..!)
9)Apabila merasakan tidak selamat untuk terus berada di syarikat anda.Staff2 menggatal dan menunjukkan perlakuan yang kurang sopan. (masalahnya zaman sekarang nie lelaki dan perempuan sama2 xselamat)~huhu
10)Setiap hari,mata dan fikiran kamu tidak berhenti2 mengira waktu untuk pulang.Setiap saat kamu lalui diopis terasa sungguh menyeksakan..! (hurmm,rasa mcm pernah berlaku situasi ini) haha~:p
11)Kamu tidak memberikan perhatian dan fokus terhadap kerja yang diberikan sehingga mutu kerja kamu merosot dan memberi kesan buruk terhadap syarikat. (tekanan perasaan kot..pakwe/makwe dilarikan ke lombok)~hehe
12)Kamu banyak menghabiskan masa melayari internet daripada memikirkan hal pekerjaan yang belum siap..!siap bleh wat bisness part time online lagi masa kerja fulltime ~(pasti yang nie paling ramai orang yang buat~)haha..:p
13)Kamu banyak mencuri masa dengan berborak/bergosip sesama staff,masa makan yang lama,tidur didalam surau dan ghaib entah kemana mengular..! (heh,nak borak apenye kalo dlm opis tinggal seketul je manusia)
14)Kamu terdengar desas desus yang mengatakan syarikat kamu akan muflis..! so,lebih baik anda mengambil langkah bijak sebelum terjadi sesuatu keadaan yang xdi ingini....
15) Apabila kamu merasakan syarikat itu tidak layak untuk anda..apatah lagi anda mempunyai pangkat yg tinggi menggunung dan juga anda seorang yang mementingkan pangkat dan darjat yang tinggi..!-apa barang keje kt tempat 'cekia'..keje kt tempat bestla..syarikat gergasi..baru ada nama~ (orang yg cenggini memang poyo dan 'gipang'--> ayat budak asrama)
So,buatlah pilihan yang tepat...:) pilihan di tangan anda..:D
pssss~
kalo rase stress kan kt tempat keje,tryla ikut seperti gambarajah dibawah,selamat mencuba ye..~hehe